
Rabu, 30-09-2020 – Polis Israel telah menahan seorang wanita dan suaminya Al-Maqdisi yang berasal dari Baitulmaqdis setelah menyerbu kediaman mereka di bandar Al-Issawiya pada hari Ahad.
Sumber tempatan melaporkan bahawa wanita itu ditangkap atas alasan beliau tinggal di Baitulmaqdis secara haram, kerana beliau memegang kad pengenalan dari Tebing Barat.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa perbandaran Israel di Baitulmaqdis yang Diduduki telah memaksa dua saudara lelaki Hassan dan Muhammad Jaafara, untuk merobohkan kandang kambing mereka sendiri di kota Jabal Mukaber, selatan Baitulmaqdis.
Polis rejim Zionis telah melaksanakan perintah berkurung di kota suci itu dan mengeluarkan banyak tiket kesalahan terhadap penduduk Baitulmaqdis kerana menggunakan kereta mereka terutama berhampiran pusat pemeriksaan utama Baitulmaqdis.
Baitulmaqdis Yang Diduduki telah menyaksikan penutupan menyeluruh yang bermula beberapa hari yang lalu dan akan berlanjutan selama berminggu-minggu kerana cuti Yahudi dan wabak korona.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul