Categories
Berita Semasa

Saudi Kembali Jalankan Perbicaraan Tahanan Jordan Dan Palestin

Rabu , 30-09-2020 –  Mahkamah Jenayah khusus ibukota Arab Saudi, Riyad mengadakan perbicaraan terhadap 6 tahanan Jordan dan Palestin atas dakwaan mendokong perjuangan Palestin.

Sumber berkait menyatakan kepada Quds Press, keenam-enam tahanan menafikan semua dakwaan yang dikenakan kepada mereka serta perkaitan mereka mendanai kelompok yang dianggap teroris (Hamas) dan penglibatan dengan mereka.

Menurut sumber, perbicaraan kali ini merupakan yang kedua pasca penundaan perbicaraan pertama beberapa hari lalu bagi 4 tahanan dalam kes yang sama. Dijadulkan perbicaraan ketiga pada 4 November dan sidang susulan akan berlangsung sehingga 13 Oktober hadapan kerana jumlah tahanan melebihi 50 orang yang ditahan pihak Saudi sejak satu setengah tahun lalu.

Ketua jawatankuasa tahanan Jordan di Saudi, Khidis al-Masyayikh menegaskan kepada Quds Press berkait perbicaraan para tahanan Jordan dan Palestin di penjara Saudi, bahawa jumlah perbicaraan terbahagi menjadi 14 sesi, dengan 3 sehingga 5 tahanan dalam setiap kali perbicaraan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman