Hamas: Dialog Adalah Pilihan Strategik

Rabu , 30-09-2020 –  Gerakan Hamas menegaskan bahawa tindakan bersama dan dialog nasional yang menyeluruh yang dilakukannya untuk menyusun semula hal dalaman Palestin, menentang penjajahan dan bersemuka dengan rancangannya, adalah suatu pilihan strategik.

Gerakan tersebut telah meminta warga Palestin untuk kerap mengunjungi Masjid Al-Aqsa, duduk di dalamnya, mempertahankannya, dan menghadapi tentera dan peneroka haram Israel dengan semua kekuatan yang ada tanpa mengira akibatnya.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan bersempena ulang tahun ke-20 pemberontakan Al-Aqsa (Al-Aqsa intifada), Hamas menegaskan  kembali bahawa penolakan sepenuhnya terhadap normalisasi Arab dengan Israel. Ia juga mengecam pendirian Liga Arab yang menyimpang dari peranannya serta telah menolak untuk mengutuk normalisasi dengan Israel.

Hamas berkata, “Pemberontakan rakyat Palestin yang meletus pada 28/9/2000 merupakan bukti nyata yang tidak dapat dipertikaikan. Rakyat Palestin tidak akan berhenti menuntut dan memperjuangkan hak mereka dan memerangi penjajahan tanpa mengira kesukaran atau apa-apa komplot.

Hamas menegaskan bahawa ia telah berhabis-habisan berusaha untuk menyatukan barisan Palestin walaupun pelbagai bahaya yang dihadapi oleh perjuangan mereka, ditambah pula dengan usaha Arab untuk menormalkannya dengan Israel, perjanjian yang disebut sebagai perjanjian abad ini, rancangan pengilhakan serta pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh beberapa negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul