
Jumaat , 02-10-2020 – Atas perintah tentera rejim Zionis, sebuah mahkamah tentera pada hari Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang petani tua warga Palestin serta memerintahkannya untuk membayar denda.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin, Khairy Hanoun yang berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan didenda 1,000 shekel ($ 300).
Hanoun diculik pada 21 September dari rumahnya di bandar Anabta, timur wilayah Tulkarem.
Pada awal September, Hanoun diserang dengan kejam semasa demonstrasi di utara Tebing Barat. Beliau memprotes penyitaan tanahnya.
Rakaman video menunjukkan askar Israel menolak Hanoun ke tanah sebelum seorang askar mula menekan lututnya di leher petani tersebut, sementara askar yang lain pula mengacukan senjata mereka pada sesiapa yang merakam serangan itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul