Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Isu Palestin Hadapi Cabaran yang Mendorong Kesatuan

Jumaat , 02-10-2020 –  Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Mussa Abu Marzuq, Rabu malam (30/09/2020), menyatakan bahawa isu Palestin sedang menghadapi cabaran besar yang memberi dorongan kuat kepada kesatuan dan kerjasama nasional.

Abu Marzuq mengatakan, dialog Turki akan menyumbang kepada pencapaian kesefahaman yang lebih baik terhadap rekonsiliasi Palestin.

Beliau menekankan bahawa mereka tidak mungkin menawarkan rekonsiliasi dalam keadaan tidak menentu serta dalam keadaan terkesan dengan peristiwa lalu. Oleh kerana itu perlu ada langkah-langkah untuk membangun kepercayaan antara kedua pihak. Beliau menyatakan kepentingan aspek yang berkaitan dengan membangun kepercayaan ini. Seperti mengembalikan dokongan asas kepada para tahanan, para keluarga syuhada, mereka yang tercedera serta mereka yang tertekan akibat perpecahan.

Abu Marzuq menekankan perlunya membangun strategi berkaitan rekonsiliasi dan kejasamaa Palestin.Beliau menegaskan bahawa patriotisme dan tanggungjawab yang berada di bahu kedua-dua pihak merupakan syarat utama menuju kemajuan rekonsiliasi.Isu perjuangan rakyat dengan kepemimpinan pusat, terutama di Tebing Barat dan al-Quds perlu didasarkan kepada asas pemikiran persatuan penuh.

Abu Marzuq menekankan perlunya mengadakan pilihanraya untuk Dewan Nasional, Dewan Legislatif, Jawatankuasa Eksekutif PLO, dan pilihanraya presiden.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman