Categories
Berita Semasa

Berpuluh pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Jumaat , 02-10-2020 –  Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan kawalan anggota polis rejim Israel telah menceroboh masuk Masjidil Aqsa, Rabu semalam.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat memasuki masjid suci itu melalui Pintu al-Maghariba dengan diiringi polis rejim dan melakukan lawatan di kawasan sekitar perkarangan masjid pada waktu sebelah pagi.

Pihak polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi melawat masjid tersebut walaupun perintah sekatan pergerakan dikenakan di kota suci itu bagi mencegah penyebaran Koronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin