Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung di atas kematian Emir Kuwait dan memuji peranannya dalam menyokong Palestin

Jumaat , 02-10-2020 –  Gerakan Hamas berkabung atas kematian Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, yang meninggal pada Selasa, serta memperingati sumbangan besarnya terhadap Palestin dan dunia Arab dan Muslim.

“Kami berkongsi kesedihan dengan negara Kuwait, kepimpinannya dan rakyatnya atas kehilangan ketua kemanusiaan, keberanian dan kebijaksanaan yang mana kehidupannya harum dengan kebaikan, sifat pemurah serta pengorbanan. Kami mengingatinya dengan kasih-sayang, penghargaan dan kebanggaan atas segala usahanya sepanjang hidup berkhidmat kepada negara Arab dan Islam, juga menyokong kesatuan, keselamatan dan kesejahteraan,” Hamas berkata dalam kenyataan akhbar pada petang Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati