Pembunuh Anggota Hamas Mesti Di Dakwa.


Selasa, 26/02/08 –
Pergerakan Hamas secara rasmi mendesak pembunuh tokoh Hamas di Tebing Barat, Sheikh Majd Al-Barghouthi agar didakwa, sambil memberitahu penambahan pasukan gerak am PA terhadap sebab-sebab kematiannya sebenarnya tidak berasas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas Isnin lalu dan satu salinan diperolehi PIC, pasukan gerak am PA di bawah pimpinan Tawfeek Al- Tirawi telah menyeksa almarhum Syeikh sehingga mati selepas beliau enggan untuk memberi kenyataan palsu mengenai Hamas.

“Abang kita Barghouthi terdedah pada penyeksaan jahat di penjara gerak am PA selepas beliau enggan tunduk terhadap tekanan untuk memberi kenyataan palsu kepada TV Palestin agar tokoh dan bekas menteri Hamas itu Mohammed Al-Barghouthi ditugaskan oleh pergerakan tersebut untuk menubuhkan satu kuasa eksekutif di Tebing Barat”, tegas Hamas dalam kenyataan tersebut.