
Isnin , 19-10-2020 – Israel telah mengeluarkan arahan menghentikan pembinaan 7 rumah milik warga Palestine, di Masafi Yatta, Selatan Hebron.
Penyelaras Komuniti Rakyat Tolak Tembok dan Permukiman di Yatta Timur dan Hebron Selatan, Ratib al-Jabour menyatakan pasukan Zionis telah menyerbu daerah al-Buwaib, Timur laut Yatta dan mengeluarkan surat arahan pemberhentian pembangunan 7 rumah milik warga
Palestine.
Tujuh rumah tersebut adalah milik, Khalil Hassan Mahaniya dan dua anak lelaki, Imran Abu Sobeih, Najeeb al-Jabari dan anak lelaki dan Keluarga Abu Ajamiya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar