Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu rumah dan menyerang penduduknya di bandar Kifl Hares

Isnin , 19-10-2020 –  Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu rumah seorang pemuda Palestin yang cedera dan menyerang beliau dan ayahnya di bandar Kifl Hares, utara Salfit.

Datuk Bandar Kifl Hares, Isam Abu Yaqoub mengatakan tentang keganasan IOF menerobos dan menggeledah rumah Mohamed al-Asaad (seorang remaja yang cedera) serta memukulnya dan ayahnya dengan teruk.

Abu Yaqoub menambah bahawa IOF terus mengamuk di dalam rumah dan merosakkan perabot mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul