Categories
Berita Semasa

Akhras: “Saya mahu hidup bebas dan bermaruah.”

Isnin , 19-10-2020 –  “Saya mahu hidup bebas dan bermaruah serta hanya  satu yang ingin saya sampaikan, ‘Saya mahu hidup di rumah tanpa rasa terancam,” demikian kata tahanan warga Palestin selepas melakukan mogok lapar masuk hari ke 80.

“Sejak hari pertama mogok lapar, saya tetap menolak penahanan biar sehari. Samada saya hidup bebas seperti burung atau mereka boleh letak saya di penjara atau hospital atau hukum mati itu terserah pada mereka,” kata Akhras seperti  dipetik saluran satelite al-Mayadeen.

“Kami mahu kebebasan. Kami tidak mahu penghinaan mereka. Saya hanya mahu dibebaskan. Cukuplah apa yang telah berlaku pada diri saya,” tambah beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin