
Rabu , 21-10-2020 – Para penduduk pendatang Zionis mulai membangunkan pos penempatan baharu di puncak Gunung Sabih di kota Beita, selatan Nablus, di Tebing Barat bahagian utara, Isnin (19/10).
Saksi menyatakan bahawa sekumpulan penduduk Yahudi dikerahkan di puncak gunung sebelum mereka mula memacak beberapa khemah dan karavan sebagai usaha awal mendirikan pos penempatan untuk melengkap usaha mereka yang sebelumnya pernah gagal.
Para penduduk Yahudi mencuba beberapa kali untuk mengambil alih daerah ini, baik dengan mendirikan rumah kenderan atau mendirikan khemah, tetapi setiap kali mereka menghadapi reaksi keras dari penduduk bandar.Pada awal Mac lalu di kota Beita terjadi beberapa konfrontasi yang menolak penyelesaian puncak pegunungan Sabih dan Al-Arma hingga mengakibatkan dua syahid.
Serangan penempatan baru-baru ini datang dalam kerangka aksi perlawanan di Itamar dan usaha untuk membuat pos baru.
Penduduk pendatang Yahudi memanfaatkan kesibukan menghadapi virus Corona untuk melaksanakan projek dan rancangan penempatan mereka dengan menebang dan mencabut pokok serta membakar tanah penduduk warga Palestin.
Laporan berkala yang dikeluarkan pejabat media Hamas di Tebing Barat mencatat pasukan pendudukan Yahudi melakukan 1575 pelanggaran terhadap hak-hak rakyat Palestin dan tanah mereka di Tebing Barat dan Al-Quds sepanjang bulan September yang lepas.
Menurut laporan tersebut, jumlah serangan penempatan mencapai 16 kali serangan yang bervariasi antara penyitaan dan perataan tanah, pembangunan jalan dan persetujuan pembangunan unit penempatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman