
Rabu , 21-10-2020 – Pejabat Media Tahanan memberi amaran pada Isnin yang lalu akan keadaan Mujahidin Palestin – Maher al-Akras yang tenat tatkala mogok lapar di penjara Israel selama sedari 64 hari yang lepas.
Pejabat tersebut mengatakan dalam siaran akhbar bahawa Akhras, 49, dari Jenin meneruskan mogok lapar terbuka untuk memprotes penahanan beliau. Beliau sekarang berada di hospital Israel di Kaplan dan keadaan kesihatannya bertambah serius.
Tahapan bahaya.
Bahaya sebenar bagi kesihatan seseorang yang menjalankan protes mogok lapar adalah selepas 40 hari apabila kerosakan tisu tubuh badan yang berterusan dan kegagalan organ akan terjadi. Sekaligus menyebabkan kerosakan kepada organ tertentu dan mengkibatkan kematian mengejut.
60 hari selepas bermulanya mogok lapar, organ penting dalam tubuh akan memasuki tahap yang merbahaya apabila beberapa masalah organ pada jantung dan buah pinggang akan timbul kerana fungsi organ tersebut kurang baik.
Keadaan ini adalah sangat merbahaya dan merupakan ancaman kepada pelaku. Tambahan pula, pendarahan akan berlaku disebabkan keretakan pada kulit secara langsung nyawa mereka berisiko tinggi untuk mati kerana kandungan oksigen dalam darah berkurangan.
Mogok Syahid
5 orang tahanan meninggal dunia setelah mogok lapar di dalam penjara jajahan Israel. Mereka adalah Abd Al-Qadir abu al- Fahm pada Julai 11, 1970 ketika serangan dalam penjara Ashkelon dan allahyarham merupakan syahid pertama dalam gerakan banduan untuk mogok lapar dan Rasim Halawa dan Ali al-Jaafari pada Julai 24, 1980 ketika mogok lapar di penjara Nafha. Mahmoud Freitikh didalam penjara Junaid pada 1984 dan Hussein Nimer Obeidat pada Oktober 14, 1994 semasa mogok lapar didalam penjara Ashkelon.
Mogok lapar merupakan cara dimana tahanan akan mengelak dari memakan apa sahaja bentuk makanan didalam penjara dengan pengecualian air dan garam.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi