
Jumaat, 7/03/08 –
Pemimpin kanan politik Hamas, Mohammed Nazzal pada Khamis lalu telah mengesahkan bahawa Pergerakan Hamas menyatakan “kekaguman” berikutan peranan Mohammed Dahalan dalam melaksanakan rancangan Israel-AS untuk mengusir Hamas daripada berkuasa seterusnya memenangi pilihan raya.
Menurut Nazzal yang merupakan anggota biro politik Hamas, berita yang didedahkan akhbar Amerika beberapa hari lalu mengenai satu rancangan rahsia yang direka oleh pentadbiran Amerika Syarikat sengaja mencetuskan satu perang saudara di Palestin dimana penyokong Hamas menuntut pergerakan itu mempertahankan diri sendiri dan kader-kadernya apabila ianya memutuskan untuk mencapai satu matlamat seperti trend pemberontakan Dahalan di Gaza Jun lalu.
Dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau, Nazzal menyatakan “Mereka (Dahalan dan pengikutnya) telah bekerja untuk kepentingan Israel dan Amerika Syarikat bertentangan dengan kepentingan rakyat mereka sendiri.