
Khamis, 6/03/08 –
Salah seorang pemimpin Hamas, Dr. Khalil Al-Hayyat menegaskan, Batalion Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas hanya menggunakan sebahagian kecil dari kekuatannya melawan serangan dan pencerobohan Israel yang terakhir di Semenanjung
Gaza. Hal ini disampaikan oleh El-Hayyah dalam perhimpunan “Syuhada Pembebas Gaza” Menanti Kemenangan”. Acara ini dihadiri sebahagian anggota parlimen Palestin seperti Dr. Muhammad Syihad, Ismael Al-Asyqar dan Mushir Misri dan ramai lagi di kalangan mahasiswa perguruan tinggi.
El-Hayyah menegaskan,”Jangan ada yang terlibat dalam serangan ke Gaza, kerana demi Allah, Al-Qassam belum menggunakan semua kekuatannya, namun Allah memudahkan mereka untuk menggunakan sebahagian kekuatannya. Dengan izin Allah rakyat Palestin akan mendapatkan kemenangan yang lebih gemilang dari kemenangan di selatan Lebanon”.
Beliau menambah, Batalion Izzudin Al-Qassam belum memasuki tahap pertama seperti yang ditegaskan oleh musuh Israel dan belum menggunakan kekuatan sepenuhnya. Senjata yang dimiliki oleh Al-Qassam masih disimpan untuk hari kemenangan di Palestin.