Hamas : Tiada perdamaian dengan Israel.


Rabu, 12/03/08 –

Mohd Nasr, ahli biro politik Hamas, secara terasnya menolak dakwaan bahawa Hamas telah mencapai kata kesepakatan pendamaian dengan Israel melalui Mesir dan menambah bahawa tidak akan ada perdamaian dengan Israel melainkan ia dilakukan secara menyeluruh, dipersetujui kedua pihak dan serentak.

Nasr menyatakan bahawa Mesir sedang dalam usaha mencapai formula perdamaian yang mengambil kira kedua pihak, tetapi usaha ini telah diganggu gugat oleh Israel dengan menyatakan bahawa Mesir telah mencapai keamanan pada 2005, tetapi Israel tidak menghormati keamanan ini dan terus menganggu mereka.

Pemimpin Hamas telah memperbaharui keengganan Hamas untuk kembali kepada perjanjian 2005 yang melibatkan pengurusan penyeberangan penduduk yang ditandatangani oleh Mohamed Dahlan kerana ia telah menukar Gaza kepada penjara besar dan Rafah menyeberangi pintu pagar yang dikunci dan dibuka secara sesuka hati oleh Israel. Sebab lain ialah kerana perjanjian ini secara undang-undangnya sudah tidak lagi sah.