
Rabu, 12/03/08 –
Pihak rejim Zionis menghalang Massimo Toschi, Menteri Kerjasama dan Keamanan Itali daripada melawat Gaza untuk menyiasat keadaaan kemanusiaan di sana dalam konteks sekatan yang dikenakan di Semenanjung tersebut sejak 8 bulan lepas.
Didalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan di Gaza, pihak rejim Zionis menghalang Menteri Itali daripada memasuki Gaza untuk mengelakkan daripada dunia mengetahui jenayah yang sedang dilakukan oleh Israel keatas rakyat Palestin. Beliau juga menyatakan Toschi akan melawat beberapa buah hospital dan institusi di Gaza.
Satu Jawatankuasa menentang cengkaman tersebut yang diketuai oleh Ahli Parlimen, Jamal Al-Khudari, dengan tegas mengutuk tindakan rejim Zionis menghalang menteri Itali itu daripada melawat Semenanjung Gaza, dan menegaskan polisi Israel yang tidak tetap ini adalah untuk menghalang sesiapasa sahaja, terutamanya pihak antarabangsa daripada melaporkan situasi sebenar dan tragedi di Gaza kepada dunia.Tambahnya lagi pihak rejim Zionis telah menghalang ramai deligasi-deligasi daripada memasuki Gaza dan menyekat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Jawatankuasa itu menyatakan tandakan tersebut adalah sebahagian daripada cara zalim pihak rejim Zionis keatas rakyat Palestin di Gaza yang bermatlamat untuk menguatkan cengkaman keatas kehidupan mereka dan juga menyekat bantuan dariapda pihak antarabangsa .