Pendatang memasang kem penempatan baru di timur Ramallah

Rabu, 11-11-2020 – Pada Ahad, para pendatang Yahudi mula memasang kem penempatan baru di tanah Palestin di┬áRas at-Teen di timur kota Ramallah.

Menurut saksi mata, para pendatang menjalankan aktiviti meratakan tanah dan memasang khemah-khemah untuk mereka di kawasan itu.

Ras at-Teen merupakan komuniti desa Palestin dan memiliki sekolah rendah yang akan dibina menggunakan dana Eropah, tetapi tentera rejim memaklumkan warga tempatan tentang rancangannya untuk memusnahkannya segera dengan alasan ia merupakan pembinaan tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati