Netanyahu Dorong Pembangunan Ribuan Unit Penempatan Baharu Yahudi di Utara al-Quds

Isnin , 23-11-2020 –  Sumber media Israel menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang berusaha untuk mendorong pembangunan penempatan Yahudi di daerah permukiman “Atarot” di tanah desa Palestin di “Qalandia Al-Balad” dan “Beit Hanina” di utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel, sebelum berakhirnya tempoh pemerintahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Televisyen Israel melaporkan bahawa dalam penyataan tertutup Netanyahu menjelaskan keinginannya untuk mendapatkan persetujuan segera dari Amerika Syarikat untuk langkah tersebut. Dia akan meminta Menteri Luar Negeri Amerika, Mike Pompeo ketika pertemuan di al-Quds Khamis (19/11/2020) ini untuk menyokong ke arah pembangunan ribuan unit penempatan baharu Yahudi di kawasan tersebut.

Melalui saluran rasmi Israel, pegawai pemerintah yang dekat dengan Netanyahu mengatakan bahawa pemerintah Israel sedang berusaha untuk memaksakan keberadaan penempatan baharu Yahudi di lapangan, sebelum presiden AS yang terpilih, Biden, secara rasmi mengambil alih tampuk pemerintan Amerika Syarikat.

Saluran rasmi Israel itu menyatakan para pegawai  di sekitar Netanyahu yakin bahwa “apa yang belum diselesaikan (dari pembangunan penempatan) sekarang tidak akan terjadi di bawah pemerintahan Amerika Syarikat yang baharu.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman