
Isnin , 23-11-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi yang dikawal oleh sejumlah besar anggota polis telah mecemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada pagi Khamis lalu.
Menurut Pentadbiran Awqaf Islam di kota suci itu, 98 peneroka haram, termasuk 53 pelajar dari institusi-institusi Yahudi, memasuki Masjid secara berkumpulan dan berlegar-legar di kawasan halaman di bawah perlindungan ketat polis.
Para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount) dan melakukan beberapa ibadah Talmud semasa melakukan lawatan, terutama di kawasan timur Masjid.
Masjid Al Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci tersebut. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.
Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul