
Selasa, 24-11-2020 – Pasukan penjajah Zionis, pada Sabtu malam (21/11/2020), kembali melancarkan serangan artileri ke sebuah pos lapangan di Semenanjung Gaza utara, tidak lama setelah jatuhnya sebuah roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza, di daerah Ashkelon yang diduduki penjajah Israel.
Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa artileri pasukan penjajah Israel mengebom titik kawalan lapangan di Beit Hanun, di Semenanjung Gaza utara. Tidak ada tercedera yang dilaporkan dalam serangan artileri penjajah Israel ini.
Sebelumnya, laman web Israel “Hadashot Betkhon Sadah” memaklumkan bahawa pihak penjajah Israel mengenalpasti sebuah roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza dan mendarat di kawasan terbuka di Ashkelon, tanpa dapat dihalang oleh sistem pertahanan anti roket penjajah Israel.
Sebelumnya telah dilaporkan bahawa pada Sabtu petang terdengar siren peringatan di penempatan penduduk Israel di sekitar Semenanjung Gaza.
Media-media penjajah Israel melaporkan bahawa sistem pertahanan anti roket penjajah Israel Iron Dome (kubah besi) melakukan dua usaha penghadangan di ruang udara Ashkelon.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman