Categories
Berita Semasa

Haneyya Sampaikan Takziah Atas Pembunuhan Saintis Iran

Selasa, 1-12-2020 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, mengucapkan takziah kepada Javad Zarif, menteri luar Iran, pada hari Sabtu malam lalu atas kesyahidan saintis nuklear Mohsen Fakhrizadeh.

Haneyya mengecam jenayah pembunuhan tersebut, dan menyuarakan solidariti dengan Republik Islam Iran. “Pembunuhan itu mencerminkan pemikiran penjenayah yang membolehkan pembunuhan terang-terangan di siang hari”, katanya.

Pemimpin Hamas menekankan bahawa dasar pembunuhan tidak dipersetujui oleh gerakan penentangan di Palestin dan akan gagal dengan Republik Islam tersebut serta paksi penentangan dan seluruh Negara Islam. Dasar ini hanya mencerminkan sifat mereka yang terlibat yang melanggar semua undang-undang dan norma kemanusiaan antarabangsa, tambahnya.

Dalam sebuah ucapan yang disiarkan di televisyen kebangsaan pada hari Sabtu, Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Israel membunuh saintis terkemuka Iran Fakhrizadeh. Sementara itu, pemimpin Tertinggi Republik berkenaan, Ali Khamenei, menyeru “hukuman sewajarnya” bagi mereka yang bertanggung jawab atas pembunuhan itu.

Pemimpin-pemimpin agama dan tentera berjanji untuk membalas pembunuhan Fakhrizadeh, yang meninggal di hospital pada hari Jumaat lalu setelah beberapa orang bersenjata menembaknya ketika beliau berada di dalam keretanya di bandar Absard di wilayah Damavand, timur Teheran.

Kementerian Pertahanan Iran mengumumkan pada hari Sabtu bahawa pengganas bersenjata menyerang sebuah kereta yang membawa Fakhrizadeh pada hari Jumaat, menyebabkan beliau cedera parah dan kemudiannya meninggal di hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul