Categories
Berita Semasa

Tangkapan di al-Khalil dan Yerusalem, Pertempuran di kawasan Bab Al-Zawia

Selasa, 01-12-2020 – Tentera Zionis (IOF) pada hari Ahad menangkap tiga orang Palestin dari kem pelarian Beit Kahel dan al-Aroub, di utara al-Khalil, dan seorang lagi Palestin ditangkap di Yerusalem.

Di al-Khalil, sumber tempatan melaporkan IOF menyerbu kem pelarian al-Fawwar, menangkap pelajar Muhammad Mustafa al-Hasaniyya, 24, dari Universiti al-Khalil dan memukul saudaranya, dan merampas komputer riba.

Tentera IOF menangkap Ibaa Emad El-Din Wozouz dari daerah Al-Deek, selatan al-Khalil, setelah mereka menyerbu rumahnya, menggeledahnya dan merosakkan harta.

Askar IOF juga menahan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun, Izz al-Din Asafra, dari bandar Beit Kahil, utara al-Khalil.

Sumber tersebut menunjukkan bahawa IOF mendirikan beberapa pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk ke beberapa bandar, menghentikan kenderaan rakyat, menggeledahnya, dan memeriksa kad pengenalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen