
Khamis, 03-12-2020 – Pimpinan baru AS dari parti Demokrat menimbulkan kegusaran di pihak Israel. Israel melihat penasihat kanan Joe Bidin akan lebih cenderung untuk menyelesaikan konflik Arab-Israel dengan memihak kepada palestin dan meletakkan agenda perjuangan Palestin sebagai isu utama yang perlu ditangani.
Pihak Israel mengandaikan pimpinan baru Biden akan memulihkan hubungan dengan pihak berkuasa Palestine, memperbaharui bantuan luar Negara, membuka kembali pejabat pentadbiran Organisasi Pembebasan Palestine (PLO) di Washington dan konsulat Amerika di Al-Quds, mengembalikan perbincangan kesepakatan dua negara dan menentang rancangan penerokaan Israel di Tebing Barat.
Tindakan ini berbeza dengan sikap Negara-negara teluk yang di lihat lebih menjurus kepada normalisasi dengan mendahului kepentingan peribadi dan mengenepikan hak-hak dan perjuangan Palestine. Negara Teluk lebih cenderung untuk meluaskan kerjasama komersil dan politik dengan pihak penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar