Categories
Berita Semasa

Resheq: Rakyat Kami Berhak Untuk Mempertahankan Tanah Mereka Yang Dijajah

Khamis, 03-12-2020 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq telah menegaskan kembali hak sah rakyat Palestin “untuk mempertahankan setiap inci tanah mereka yang dijajah, membebaskan tahanan pahlawan [dari penjara Israel], dan membersihkan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dari dicemari.”

Resheq membuat pernyataan itu kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC) pada Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.

“Palestin adalah isu yang merentas negara-negara Arab dan Muslim kerana ia mewakili strategi mendalam bagi mereka dan apa-apa penembusan politik sedalam ini menimbulkan ancaman terhadap perpaduan dan kestabilan mereka dan hanya akan memanfaatkan pihak musuh yang menyasarkan kekayaan dan kemampuan mereka,” kata pegawai Hamas tersebut.

“Perjuangan Palestin, dengan dimensi politik dan kemanusiaannya, adalah isu yang wajar dan sokongan terhadap usaha penentangan nasional dan program perjuangan yang bersatu akan membantu mengembalikan tenaga dan semangatnya di arena negara Arab, Islam dan antarabangsa, menegakkan hak kami dan membebaskan tanah kami,” tegas Resheq.

“Penjajah Zionis di tanah Palestin adalah entiti penjajah yang paling berbahaya, berunsur jenayah, tidak adil dan berterus-terusan sekali di dunia, dan negara kami dan rakyat negara bebas dunia harus berusaha dengan apa cara sekalipun dan di pelbagai peringkat untuk mengkriminalisasi penjajahan ini, mendedahkan kejahatannya dan berusaha keras secara politik dan melalui media untuk menyokong keteguhan rakyat Palestin dan membantu mereka menamatkan penjajahan,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul