Categories
Berita Semasa

Beberapa dozen warga Palestin di rawat akibat masalah pernafasan.

Selasa, 15-12-2020 – Beberapa dozen warga Palestin telah mengalami masalah pernafasan pada subuh Selasa lepas dimana dua adik beradik di tahan ketika pertembungan dengan rejim Zionis di  kem pelarian Aqbat Jaber, barat daya bandar Jericho. 

Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis menyerbu masuk ke dalam kem dan berlaku pertempuran.  Rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata, bom bunyi dan peluru hidup ke atas warga Palestin. 

Sumber tempatan menambah seorang anggota tentera rejim zionis telah cedera ketika pertempuran berlaku dan beberapa warga Palestin telah cedara terkena tembakan peluru besi yang diseliputi dengan getah. Beberapa dozen warga Palestin menghadapi kesukaran pernafasan dan sedang di rawat di kem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad