Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan Israel di Kafr Qaddum

Rabu, 16-12-2020 – Pertempuran sengit dengan penduduk penjajah yang berlaku pada Sabtu (12 Dis) petang lepas mengakibatkan puluhan pemuda Palestine cedera.

Saksi menyatakan tentera penjajah telah mensasarkan tembakan peluru dan gas pemedih mata kearah puluhan pemuda yang bertindak mengalih sekatan sempadan pemukiman Israel di Kafr Qaddum. Pemuda- pemuda Palestin tersebut berkumpul dan bertindak mengalihkan sekatan
sempadan sambil melaungkan slogan patriotik bertujuan membangkitkan semangat rakyat Palestin.

Selama pertempuran tersebut, pasukan penduduk penjajah Israel menduduki atap sebuah rumah di desa tersebut dan menahan pemiliknya selama lebih 4 jam.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar