
Rabu, 16-12-2020 – Puluhan penjajah Yahudi menyerbu halaman Masjid al-Aqsa hari ini dan melakukan acara ibadat Talmud bagi merayakan hari besar Hanukkah Yahudi. Aksi mereka mendapat perlindungan ketat pasukan tentera penjajah Israel.
Sumber di al-Quds melaporkan lebih 140 penjajah Yahudi termasuk 25 pelajar dari Lembaga ekstremis Yahudi dan 6 orang tentera khas menyerbu kawasan Masjid al-Aqsa pada Isnin pagi. Sekelompok penjajah Yahudi turut cuba membawa masuk “menorah Yahudi” ke halaman Masjid al-Aqsa, sementara sekelompok yang lain di pimpin oleh ekstremis Yahudi, Tommy
Nissan melakukan tindakan berbentuk provokasi, melakukan ritual dengan suara yang kuat serta berlama-lamaan di halaman Masjid.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar