
Selasa, 26-01-2021 – Beberapa warga Palestin cedera pada hari sabtu yang lalu ketika Rejim Zionis menyerang perarakan damai mereka terhadap aktiviti penempatan di dusun Khirbet at-Tuwaimin di Masafer Yatta, selatan al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menyerang peserta perarakan itu secara fizikal dan lisan dan mereka juga dihujani tabung gas pemedih mata.
Dalam serangan tersebut, rejim Zionis itu juga dibantu oleh peneroka dari penempatan haram Suseya dengan menyerang wartawan yang sedang membuat liputan kejadian dan mengejar mereka dengan anjing.
Di laporkan dua wartawan mengalami kecederaan dan lebam semasa serangan itu.
Pegawai tempatan Fuaad al-Ammour mengatakan bahawa perarakan itu diadakan untuk menyatakan penolakan terhadap aktiviti penakhlukan Israel di Wilayah Masafer Yatta dan bagi menunjukkan solidariti kepada penduduk Khirbet at-Tuwaimin yang diserang berung kali oleh tentera dan peneroka.
Sementara itu, warga Palestin dari bandar Madawa di selatan Nablus pada hari yang sama menumpaskan sekumpulan peneroka yang menyerang kawasan selatan bandar itu.
Sumber tempatan berkata, tentera dan pengawal keselamatan dari penempatan haram Yitzhar sedang mengawal para peneroka yang menyerbu kawasan selatan kota itu dalam usaha menyerang perumahan.
Tambah mereka, pemuda tempatan telah berhadapan dengan mereka dan bertempur dengan tentera yang melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan dan melepaskan tembakan demi mengawal penarikan penduduk dikawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi