Categories
Berita Semasa

Pemberontak tanam pokok di Al Khalil dan memasang karavan di Salfit.

Rabu, 03-02-2021 – Pada Ahad yang lalu, pemberontak Yahudi telah menanam pokok di sekitar bandar Idna dan Tarqumiya, utara-barat al-Khalil dalam usaha mereka untuk merampas tanah tersebut.

Abdel Monei Fatafta, Datuk Bandar Tarqumiya berkata, sekumpulan pemberontak dari penempatan berdekatan yang dibina diatas tanah milik penduduk Palestin, mula menanam pokok Zaitun dan pokok hutan yang lain di daerah Sha’b al-Masry dan Khillet Amer.

Fatafta menambah, pihak berkuasa Israel telah menghalang pemilik sah tanah tersebut untuk memasuki kawasan tersebut beberapa ketika yang lalu. Tanah-tanah ini yang berkeluasan beberapa kilometer persegi dan pihak berkuasa Israel sedang berusaha untuk merampas tanah tersebut untuk memperluaskan penempatan sedia ada dan menghubungkan antara satu sama lain. 

Sementara itu, kumpulan Yahudi yang lain telah memasang Karavan di kebun Khillet Hassan, barat bandar Bidya di bahagian barat Salfit.
Saksi telah melaporkan bahawa tiga kenderaan telah memindah kan Karavan ke kebun tersebut pada 03:30 pagi.

Khillet Hassan yang seluas 4 kilometer persegi telah diancam oleh pemberontak yahudi bagi memperluaskan penempatan sedia ada dan membuka penempatan yang baru yang menghubungkan penempatan dan pos diatara Salfit dan Qaqilya.

Pemberontak itu telah mulai meroboh dan memusnahkan tanah petani-petani di kawasan Khillet Alayyan dan Khillet Hassan di bandar Bidya dibawah perlindungan askar Israel. Pemberontak itu juga telah menebang pohon Zaitun, Ara dan Anggur dan memusnahkan bilik kebun dan telah memberi kemusnahan yang besar di kawasan tersebut. 
Terdapat 18 komuniti Palestin di Salfit berbanding jumlah penempatan Yahudi yakni sebanyak 24 penempatan termasuk kawasan perumahan dan kawasan industri. Peratusan kawasan tanah yang dikhaskan untuk penduduk Palestin di Salfit hanyalah 6% dari jumlah keluasan kawasan tersebut manakala bagi penduduk Israel pula adalah 9%.

Pihak berkuasa Israel telah meluaskan penempatan yahudi dan memberi sambungan bekalan air, elektrik dan rangkaian longkang bagi membentuk blok penempatan yang merangkumi 70% dari keluasan tanah Salfit.
Ariel di katakan sebagai salah satu penempatan Israel terbesar di tebing barat yang dibina diatas tanah Palestin di Salfit. Israel berhasrat ingin menyambung jaringan tersebut sepanjang lembah Jordan dan beberapa penempatan akan dibina di atas tanah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi