Categories
Berita Semasa

14 Warga Palestin Tebing Barat Diculik Zionis

Rabu, 03-02-2021 – Pasukan penjajah Zionis Israel (IOF) pada subuh Selasa menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin semasa serbuan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik lima warga Palestin semasa serbuan di kawasan yang berlainan di Ramallah. Mereka dikenali sebagai Wisam Abul-Saqer, Diya Farroukh, Naseem Odeh, Atta Khattab dan Fadi Amra.

IOF juga menculik seorang pemuda bernama Ahmed Qasrawi di daerah Hindaf berhampiran kem pelarian Jenin serta Sheikh Manwar Bisharat dan anaknya dari bandar Tammun, selatan Tubas.

Tiga pemuda juga diculik oleh IOF dari kediaman mereka di kem pelarian Balata di Nablus. Mereka dikenali sebagai Ahmed Riyad, Ahmed Naser dan Saleh Abu Asab. Tiga warga lain ditawan semasa serbuan IOF di bandar Taffuh, sebelah barat al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen