
Jumaat , 05-03-2021 – Rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah melepaskan tembakan ke arah petani Palestin dan tanah mereka di beberapa kawasan perbatasan di Semenanjung Gaza yang terkepung.
Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan dari menara kawalan kepada para petani ketika mereka mengerjakan tanah mereka di timur Deir al-Balah dan kem pelarian al-Maghazi di tengah Gaza.
Kawasan pertanian timur Khan Yunis di selatan Gaza juga menjadi sasaran serangan tembakan Israel.
Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi tembakan yang bertubi-tubi itu telah memaksa para petani untuk berhenti mengusahakan tanah mereka dan meninggalkan kawasan yang menjadi sasaran.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul