Categories
Berita Semasa

Puluhan Pendatang Yahudi Memasuki Perkarangan Al-Aqsa

Isnin , 15-03-2021 – Puluhan pendatang yahudi menyerbu masuk Masjidil Aqsa al-Mubarak, Rabu (10/3) yang dikawal pasukan penjajah Israel.

Menurut sejumlah sumber di al-Quds, sekitar 66 pendatang Yahudi dipimpin ekstrimis Yahuda Ghalik, memasuki perkarangan Masjidil Aqsa, bersama 4 orang polis Israel yang memasuki ruang solat di al-Aqsha.

Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan Israel menutup pintu gerbang Maghoribah, selepas kumoulan Yahudi tersebut memasuki perkarang Al Aqsa. Pintu-pintu lain di Al Aqsa juga dipenuhi pasukan keselamatan Yahudi.

Minggu lalu, seramai 437 pendatang Yahudi memasuki perkarangan al-Aqsa di samping puluhan tentera Israel.

Pada Rabu pagi, pasukan Israel menangkap ketua lembaga tinggi Islam yang juga imam dan khatib Masjidil Aqsa, Syekh Ikrimah Shabri, dari rumahnya di kawasan Showanah.

Sebelumnya Syekh Ikrimah Shabri menyeru Muslimin untuk beramai-ramai hadir ke Masjidil Aqsa pada Khamis, bersamaan dengan peringatan Israk dan Mikraj, dengan tetap mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan umum memandangkan wabak Corona masih tersebar luas.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman