Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Sheikh Sabri Dari Kediamannya di Baitulmaqdis

Isnin , 15-03-2021 – Polis rejim Zionis Israel pada pagi Rabu lalu telah menculik Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Islam Tinggi di Baitulmaqdis Yang Diduduki, dari kediamannya di kejiranan as-Suwannah di timur Baitulmaqdis.

Menurut ahli keluarganya, pasukan polis mengepung kediaman Sheikh Sabri sebelum petugas perisikan menyerbu kediaman tersebut dan menyeret Sheikh Sabri ke sebuah pusat tahanan di kota suci itu.

Polis menahan Syeikh Sabri sehari sebelum para jemaah Muslim berpusu-pusu menuju ke Masjid Al- Aqsa untuk memperingati ulang tahun peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Dua hari yang lalu, Sheikh Sabri telah menggesa para jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke Masjid untuk berdoa dan mengikuti ceramah mengenai peristiwa tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul