Kumpulan penceroboh Yahudi berarak ke al-Aqsa di dalam jagaan polis

Selasa, 30-03-2021 – Sekurang-kurangnya 49 orang penceroboh Yahudi diiringi pihak polis mencemari masjid al-Aqsa di bahagian Baitulmaqdis yang diduduki pada pagi Khamis.

Beberapa orang pelajar institusi-institusi milik Yahudi dan ahli kumpulan kuil wanita adalah antara penceroboh yang melawat masjid berkenaan di bawah perlindungan polis.

Menurut Pentadbiran Awqaf Islam, sebahagian penceroboh menunaikan sembahyang mengikut cara Yahudi semasa mereka berada di tapak suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan