Dua Pemuda Palestin Cedera Ditembak Peluru Tajam Di Bir Nabala

Selasa, 30-03-2021 – Dua pemuda Palestin tercedera setelah terkena peluru tajam pasukan penjajah Israel. Peristiwa tersebut terjadi setelah pasukan penjajah Israel menyerbu kota Bir Nabala, di barat laut al-Quds.

Para saksi menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menembak peluru tajam ke arah dua pemuda dari desa Al-Jib, ketika mereka bekerja di bengkel mengecat kenderaan di Bir Nabala.

Pasukan penjajah Israel menyita kenderaan mereka dan membawa kedua-dua mangsa dengan menggunakan ambulans penjajah Israel.

Para saksi menambah bahawa pasukan penjajah Israel mendirikan dua pos pemeriksaan di “Jambatan Qalandia” dan pintu masuk ke Bir Nabala, yang menuju ke sekitar 10 perkampungan di wilayah tersebut. Hal ini menyebabkan ratusan kenderaan terkandas, hingga meletusnya konfrontasi berdekatan Bir Nabala.

Sebelumnya pasukan pendudukan penjajah Israel mengumumkan penangkapan tiga pemuda Palestin dari kem Shuafat di al-Quds, kerana terlibat dalam pertembungan yang mencederakan seorang tentara Israel.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sebelumnya pertembungan meletus di kem tersebut setelah seorang tentara Israel cedera yang kemudian disusul dengan penyerbuan pasukan unit khas ke kem tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman