
Selasa, 06/05/2008 –Duta EU untuk kerajaan Israel, Ramiro Cibrian Uzal pada Isnin lalu menyatakan sekatan ekonomi Israel di Gaza yang disokong AS dan EU telah gagal dalam mencapainya matlamatnya.
Dalam kenyataan akhbar yang dibuat di bandar Baitulmuqaddis, Palestin Isnin lalu, Uzal berkata dasar masyarakat antarabangsa di Semenanjung Gaza telah gagal dalam mempengaruhi penduduk Palestin terhadap Pergerakan Hamas.
Uzal juga menegaskan EU sepatutnya memikirkan semula dasarnya di Semenanjung Gaza sambil menambah semua pintu masuk Gaza mesti dibuka sebelum barang keperluan dan bantuan kemanusiaan tiba.