Kaddomi: Rundingan Abbas sia-sia.

Selasa, 06/05/2008 –Pemimpin politik, Fatah dan ketua biro politik PLO, Farouk Kaddomi Isnin lalu mengkritik hebat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana memberikan kerjasama dengan Israel di dalam rundingan yang dianggap sia-sia.

“Isu Palestin memerlukan satu pendekatan berbeza dari pendekatan Abbas dalam memaksa Israel untuk berdamai dan pendekatan itu adalah penentangan bersenjata”, tegas Kaddomi dalam satu temubual dengan agensi berita Ramatan di Kaherah.

Fatah menggariskan,“Apa yang berlaku di Gaza (penentangan bersenjata) adalah pendekatan yang tepat, tetapi apa yang berlaku di Tebing Barat (rundingan Abbas dengan Israel) tidak akan mengembalikan kuasa dan hak Palestin.”