
Selasa, 06/05/2008 –Ahli Arab Knesset, Taleb Al-Sana menyatakan skandal kewangan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert akan menjatuhkan dia sendiri, jika keputusan tentang pendakwaan terhadap beliau mengenai penglibatan beliau terbukti, maka dia tak boleh mempertahankan jawatannya.
Dalam kenyataan kepada media Palestin yang di siarkan Isnin lepas, beliau berkata yang peguam Israel jeneral Mencahem Mazzuz tidak akan membuat keputusan untuk mempersoalkan Olmert buat masa ini jika dia tidak mempunyai bukti yang kukuh mempertahankan dirinya.
MP Knesset menyatakan pada masa lalu Olmert telah terlepas begitu banyak skandal kewangan, tapi kali ini situasi nampaknya begitu sukar untuk beliau terlepas.