Hamas : Proses Perdamaian Telah ‘Mati’.

Selasa, 06/05/2008 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menyatakan bahawa kenyataan Setiausaha Amerika, Condoleezza Rice pada satu sidang ahkbar di Ramallah awal pagi ini memberi petanda bahawa proses perdamaian telah ‘mati’.

Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas berkata Rice tidak ada berita terkini untuk di tambah dan hanya memutar belitkan semula penyataannya serta tidak menjawab soalan-soalan wartawan mengenai kekacauan berterusan pihak Israel dan jalan penyelesaian di Tebing Barat.

Beliau menambah, kenyataan Rice mengenai isu penubuhan kerajaan Palestin adalah satu pembohongan dan hanyalah janji-janji kosong sahaja.