Polis rejim Israel menyerbu bahagian 22 penjara Ofer

Rabu, 14-04-2021 – Polis penjara Israel menyerbu bahagian 22 penjara Ofer pada Ahad dan menggeledahnya secara menyeluruh, demikian menurut Kelab Tahanan Palestin.

Para tahanan penjara Ofer sentiasa terdedah kepada penindasan. Para tahanan sebelum ini mengambil keputusan untuk membantah dan memulakan mogok lapar setelah gagal berdialog dengan perkhidmatan penjara Israel (IPS) yang enggan menghentikan polisi penindasan dan kekejaman.

IPS terus memberi amaran kepada para tahanan tentang niatnya untuk mempertingkatkan penindasan ke atas mereka serta mengugut untuk memindahkan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mengadakan bantahan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati