Ratusan tahanan Palestin di penjara Israel nekad mogok makan.

Khamis,15-04-2021 РAsra Media Office melaporkan bahawa ratusan tahanan Palestin  yang berada di penjara israel memutuskan untuk mengadakan mogok makan sebagai tanda tunjuk perasaan di atas penahanan mereka yang dilakukan tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan.

Menurutnya lagi, para tahanan ini telah bertekad untuk mengakhiri penahanan yang dilakukan ke atas mereka secara sewenang-sewangnya dan akan menentang pihak Israel pada pilihan raya akan datang.

Para tahanan turut menggesa penentang Palestin dan dunia untuk menyokong pertempuran mogok makan mereka terhadap Israel dan tahanannya. Terdapat kira-kira 450 orang Palestin yang ditahan tanpa sebarang dakwaan di penjara Israel. Tiga daripadanya adalah wanita.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti