Peneroka Yahudi sabotaj harta milik rakyat Palestin di Nablus

Isnin,19-04-2021 – Segerombolan peneroka Yahudi telah menimbulkan kekacauan terhadap sebidang tanah dan pembinaan milik seorang rakyat Palestine di timur Nablus, Tebing Barat malam tadi.

Berkata pegawai tempatan Ghassan Daghlas, peneroka Yahudi ini telah masuk ke kampung Jalud dan memusnahkan harta milik seorang penduduk tempatan di sini.

Daghlas turut menjelaskan bahawa mereka telah memusnahkan tanaman, merosakkan sebanyak 30 beg simen dan menuang bancuhan simen yang telah siap dibancuh di atas pembinaan tersebut serta mencuri peralatan pembinaan daripada tanah milik Hashim Hamoud.

Menurutnya lagi, peneroka Yahudi ini turut menghancurkan pagar yang dibina untuk mengelilingi tanah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti