Majlis Perbandaran Israel Mulakan Pembinaan Taman Yahudi di Sheikh Jarrah

Selasa,20-04-2021 –Majlis Perbandaran Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki telah memulakan pembinaan sebuah taman Yahudi di atas sebidang tanah Palestin yang telah dirampas yang dikenali sebagai “Karam al-Mufti” di kawasan Sheikh Jarrah.

Pembinaan taman tersebut akan memakan masa dua tahun dan akan dibangun di atas 25 dunum tanah di Sheikh Jarrah dengan pembiayaan sejumlah 28 juta shekel, menurut majlis perbandaran Israel.

Menurut majlis perbandaran itu juga, projek taman berkenaan akan merangkumi kawasan tempat duduk, taman permainan, kemudahan sukan dan rekreasi, lorong pejalan kaki dan basikal, kafe, tandas awam, air pancut serta tempat-tempat dan struktur awam lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul