
Khamis, 08/05/2008 –Pergerakan Hamas meminta semua puak penentang Palestin yang dipelopori oleh Briged Qassam supaya melindungi penduduk Palestin dengan apa cara sekalipun dan melancarkan serangbalas yang menyakitkan pada askar-askar rejim Zionis sebagai tindak balas serangan mendadak dan jenayah yang mereka lakukan.
Hammad Al-Raqub, selaku jurucakap Hamas menyebut Israel menambah serangannya baru-baru ini terutama di kawasan timur bersebelahan dengan pinggir Gaza yang mana askar-askarnya meratakan tanah pertanian dan bangunan dengan jentolak dan menyasarkan penduduk dengan serangan udara tembakan kereta kebal yang mengakibatkan bilangan kematian yang tinggi.