
Khamis, 08/05/2008 –Sumber dari Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Palestin mengumumkan kematian seorang pejuang Palestin, Mahmoud Abu Muslim yang bergabung dengan Abu Rish Brigades dan kecederaan 20 rakyat Palestin awal pagi Rabu lalu akibat serangan udara dan ancaman berterusan pihak Israel ke atas pasukan meriam perkampungan Abasan di timur Khan Younis.
Pejuang Palestin itu mati selepas pesawat Israel melepaskan dua peluru berpandu dari udara ke arah sekumpulan puak penentang berdekatan kediaman Yasser Al-Assfour di Abasan yang juga membawa kepada kecederaan tujuh yang lain.