Selasa,27-04-2021 – Perkhidmatan Dalam Negeri Israel pada hari Selasa menyerahkan perintah sekatan perjalanan ke luar negara selama 6 bulan kepada Sheikh Ekrima Sabri, Ketua Majlis Tertinggi Islam di Jerusalem. Menurut laporan dari laman web Arab48, perintah sekatan ke atas Sheikh Sabri telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri. Perintah sekatan itu tidak menyatakan sebarang sebab mengapa larangan ke atas tokoh tersebut dikeluarkan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad