Peneroka Yahudi meratakan tanah di utara Lembah Jordan

Selasa,27-04-2021 – Pada Isnin, peneroka Yahudi telah melakukan kerja-kerja meratakan tanah di Khirbet al-Hemma di bahagian utara Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan, para peneroka Yahudi ini telah membawa jentolak ke dusun dan mulai merobohkan tanah serta kawasan mereka sejak awal pagi lagi.

Penduduk setempat turut menyatakan bahawa alasan peneroka Yahudi meranapkan tanah mereka adalah bertujuan untuk membuka penempatan tambahan di kawasan tersebut.

Pada tahun 2016, peneroka haram ini telah mula mendirikan sebuah pos di al-Hemma dan semenjak itu peneroka Yahudi ini sering menggangu dan merampas tanah, kawasan pertanian serta penternakan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti