
Jumaat, 09/05/2008 –Satu yayasan Aqsa yang ditubuhkan untuk membina semula tempat-tempat Islam telah di kecam hebat oleh ahli arkeologi Israel dan syarikat-syarikat untuk melaksanakan penggalian dalam satu kawasan perkuburan Islam di perkampungan Palestin, Abbasiya di mana penduduknya telah dipindahkan sekitar 1948.
Di dalam satu laporan, yayasan itu mengatakan bahawa selepas pengumuman dibuat 2 minggu lalu tentang penemuan sebuah tanah perkuburan Islam bersejarah di perkampungan Abbasiya, ahli arkeologi Israel mula mengalihkan pusat perkuburan tersebut ke tempat lain.
Yayasan itu juga melaporkan bahawa syarikat pelaburan Israel sedang berusaha untuk membina bangunan dan kompleks di atas tanah perkuburan itu, dan syarikat itu juga merencanakan untuk membina lebih bangunan di luar kawasan perkuburan tersebut.