
Jumaat, 09/05/2008 –Terdapat beberapa sumber media Zionis-Israel menyatakan projek penempatan Yahudi yang baru sedang dalam proses perencanaan.
Dalam laman web Arab 48, Zionis-Israel akan memulakan projek penempatan di kawasan Shavot Ame yang terletak berhampiran penempatan Kidomim dan Gafot Ha’r. Zionis-Israel juga merancang untuk meluaskan lagi penempatan Yahudi di beberapa kawasan yang lain.